Namun bagi pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik itu, kekurangan yang ada tidak mahu dijadikan sebagai penghalang. Seperti calon-calon lain, kedua-duanya turut berharap untuk mencatat keputusan yang baik dalam peperiksaan itu.

Menurut Moagan yang berasal dari Kangar, Perlis, dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam sebelum ke peringkat lebih tinggi untuk mencapai cita-cita menjadi pensyarah satu hari nanti.

“Walaupun langsung tak boleh melihat, saya mahu buat yang terbaik dalam SPM kali ini demi ibu, R. Prema dan ayah S. Danapal.

“Untuk peperiksaan kali ini, saya ada membuat ulang kaji tambahan terutamanya pada waktu malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada 34,672 calon yang menduduki peperiksaan itu di 261 pusat peperiksaan di negeri ini.

Sementara itu Nur Hafida berkata, dia tidak berdepan ma­salah untuk menghadapi peperiksaan itu menggunakan braille kerana telah biasa menggunakannya sejak dari kecil.

“Ibu saya, Hasniza Abd. Rahni seorang suri rumah manakala ayah, Mat Lazin Sharif seorang penoreh getah,” katanya.

“Kalau boleh saya mahu mengubah nasib keluarga menjadi lebih baik dengan menjadi guru satu hari nanti. Disebabkan itu, saya mahu buat yang terbaik dalam SPM kali ini,” katanya.