Astro dan Maxis dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, dua syarikat komunikasi itu turut berbesar hati menyalurkan sumbangan bersama sebanyak RM5 juta kepada tabung berkenaan.

“Sumbangan bersama daripada Astro dan Maxis bertujuan membantu usaha pemulihan Sulawesi, khususnya membangunkan semula sekolah dan komuniti.

“Astro dan Maxis sentiasa menyokong kepentingan pendidikan dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti yang mapan,” katanya di sini, hari ini.

Selain itu, jelas kenyataan tersebut, Astro juga akan menggunakan waktu siaran televisyen, radio dan digital serta bakatnya untuk berkempen bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan rakyat Malaysia membantu mangsa di Sulawesi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung tersebut boleh layari www.maxis.com.my, www.hotlink.com.my atau www.astro.com.my. – UTUSAN ONLINE