NGEH KOO HAM
NGEH KOO HAM 

Berdasarkan portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pula di tempat kedua dengan jumlah aset bersama sebanyak RM32.4 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof bersama isterinya pula mengisytiharkan aset bernilai RM23.08 juta.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah turut mengisytiharkan aset bersama isteri dan anaknya bernilai RM15.3 juta.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri mengisytiharkan aset bernilai RM14.4 juta.

Setakat ini, sebanyak 112 Ahli Parlimen telah mengisytiharkan aset mereka dalam portal mydeclaration.sprm.gov.my. - UTUSAN ONLINE