“Kami telah diberitahu oleh seorang pegawai AS mengenai keputusan mereka untuk menutup perwakilan Palestin ke AS.

“Ini satu lagi dasar tegas pentadbiran Trump untuk menghukum rakyat Palestin secara kolektif, termasuk memotong bantuan kewangan dalam perkhidmatan kemanusiaan termasuk kesihatan dan pendidikan,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat dalam satu kenyataan. - AFP