Armada Ketujuh AS yang berpangkalan di Lautan Pasifik dalam satu kenyataan berkata, pegawai pemerintah, Alfredo J. Sanchez dan pegawai eksekutif, Jessie L. Sanchez daripada kapal USS John S McCain `direhatkan daripada tugas mereka’.

Dalam kejadian pada 21 Ogos lalu di perairan Teluk Ramunia, Johor, kapal USS John S McCain berlanggar dengan kapal Alnic MC yang didaftarkan di Liberia, menyebabkan lima kru USS John S McCain cedera dan 10 lagi terbunuh. - AFP