Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, angka itu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 24 orang dengan dua mangsa terbaharu dari Nepal.

“Mangsa pertama yang berusia 30an meninggal dunia semalam manakala seorang lagi berusia 29 tahun meninggal hari ini di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sehingga kini 18 mangsa mendapat rawatan di hospital di Lembah Klang manakala 16 lagi telah dibenarkan keluar hospital. - UTUSAN ONLINE