Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, pada pertemuan itu beliau menjelaskan konteks persoalan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM).

"Saya juga memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengutuskan surat untuk bertemunya.

"Kami berdua turut bersetuju kegiatan membanteras rasuah sama ada di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) perlu lebih berkesan dilakukan Latheefa dan SPRM.

"Isu-isu lain termasuk berkaitan hal ehwal antarabangsa juga dibincangkan dalam pertemuan ini," katanya. - UTUSAN ONLINE