Kali ini, Teresa tampil membuat analogi pokok hutan yang perlu mempunyai pelbagai spesis untuk hidup subur dan membuat perbandingannya dengan manusia.

Katanya, pokok hanya hidup subur jika ditanam dengan pelbagai jenis spesis di dalam hutan.

“Saya Menteri Industri Utama, jaga pokok punya. Semua tahu bahawa di bawah kementerian saya, terdapat banyak pokok. Baru-baru ini, saya mahu membuat penanaman semula hutan dan saya diberitahu bahawa jika hendak menanam pokok, kita perlu spesis pokok yang berbeza-beza. Barulah ia akan tumbuh subur dan sihat.

“Perkara sama juga untuk manusia. Kita terdiri daripada pelbagai spesis. Berbeza pemikiran, namun kita dapat hidup bersama-sama,” katanya sewaktu berucap pada program Solidariti Kedamaian yang berlangsung di Dataran Merdeka di sini hari ini.

-UTUSAN ONLINE