Allahyarhan Azram, 33, yang merupakan kurang upaya sejak kecil

disahkan meninggal dunia pada pukul 11.42 malam.

Menurut Pegawai Khas Pengerusi Mara, Che Samsuzuha Che Noh, arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas solat Zohor hari ini.

“Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Qufran Sungai Pencala sebelum disemadikan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussain mewakili rakyat Bachok merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Dr. Awang Adek di atas pemergian anaknya.

“ Rakyat Bachok mendoakan segala urusan dipermudahkan dan turut berkongsi kesedihan. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya. - UTUSAN ONLINE