Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malah beranggapan anak muda ketika ini bersikap terbuka dan lebih mudah memperoleh maklumat.

"Di zaman saya dulu semasa umur 20 tahun tak pergi ke mana-mana, duduk di Alor Setar sahaja. Tak tahu apa jadi di tempat lain. Berita tak cukup malah televisyen pun tiada.

"Sekarang maklumat lebih senang diterima dalam jumlah yang besar. Mereka boleh baca buku, tengok wayang, gunakan laman web jadi boleh dapat lebih banyak pengetahuan. Mereka juga biasanya berjalan-jalan ke negara lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian selepas selesai membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE