Aminuddin, 55, menggantikan Laksamana Muda Maritim Datuk Abu Bakar Idris, 55, yang dilantik sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajayapada 9 Disember ini.

Majlis serah terima tugas disaksikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar di Pejabat Maritim Negeri, Menara Tabung Haji di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Zulkifli berkata, pertukaran membabitkan kedua-dua pengarah berkenaan dilakukan berikutan penstrukturan semua agensi itu bermula Mei lalu.

"Saya percaya penstrukturan semula itu akan membantu mempertingkat keselamatan di perairan negara membabitkan rompakan, penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Jelas beliau, Maritim Negeri Johor terbahagi kepada lima zon termasuk Zon Maritim Tanjung Sedili, Mersing dan Batu Pahat, selain Pos Maritim Pengerang dan Pengkalan Abu Bakar Maritik Base di Batuan Tengah. - UTUSAN ONLINE