Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan berkata, Mariia Butina ditahan di Washington, kelmarin dan didakwa di mahkamah di ibu negara AS, semalam.

Tambahnya, Butina didakwa berpakat dan bertindak sebagai seorang ejen Rusia dengan mewujudkan hubungan bersama orang Amerika serta menyusup masuk ke dalam organisasi yang mempengaruhi politik AS. - AFP