Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Zanawi Isa berkata, program tersebut berjaya memupuk keakraban antara warga sekolah dengan komuniti setempat.

Menurutnya, kayuhan itu turut memupuk semangat patrotisme dan cintakan negara selain mencungkil kreativiti murid mempersembahkan bakat mereka di pentas dan menghias basikal dengan tema Jalur Gemilang.

“Murid juga berpeluang memghayati sejarah  peristiwa kemerdekaan negara dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang dinikmati sejak 61 tahun.

“Penyertaan komuniti, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh; Kelab Berbasikal Semerak; Kelab Basikal Tok Bali; Kelab Basikal Dalam Ru serta individu setempat memeriahkan suasana,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zanawi berkata, kerjasama mantap guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) membantu pengurusan sekolah melicinkan perjalanan program yang keseluruhannya adalah aktiviti pendidikan luar bilik darjah.

“Sambutan seumpama ini adalah tradisi tahunan yang lazim dianjurkan di SK Cherang Ruku yang sentiasa mendapat sokongan ibu bapa dan Komuniti setempat,” katanya. - UTUSAN ONLINE