Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Alumni Parlimen Mahasiswa terima kad keahlian

Alumni Parlimen Mahasiswa terima kad keahlian
Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman (kanan) menyerahkan kad keahlian Parlimen Mahasiswa kepada Muhamad Anas Misbahudin (kiri) pada majlis Sepetang Bersama Presiden Mubarak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 14 Julai - Kira-kira 400 alumni Parlimen Mahasiswa menerima kad keahlian yang bakal memberi keistimewaan kepada pemegang kad tersebut.

Alumni Parlimen Mahasiswa terima kad keahlian

ALUMNI Parlimen Mahasiswa (dari kiri) Hazimah Hassan, Shaktivell A/L M. Letchumanan, Kristy Anne Nunis dan Muhammad Anas Nasrudin menunjukkan kad Alumni Mahasiswa pada majlis sepetang bersama Presiden MUBARAK, disini, hari ini. UTUSAN ONLINE/NOORADZRENE MOHAMMED NOOR

Kad berkenaan diserahkan kepada anggota alumni tersebut dalam majlis Sepetang Bersama Presiden Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

"Kita mencadangkan agar anggota alumni ini bergerak bersama-sama pemimpin Mubarak ke seluruh negara dan membawa pertubuhan remaja lain. Kita mahu luaskan jaringan Parlimen Mahasiswa ini.

"Insya-Allah program ini akan diteruskan. Kita juga memikirkan untuk memberi beberapa keistimewaan kepada pegang kad tersebut," kata Tan Sri Abdul Aziz Rahman kepada UTUSAN ONLINE sejurus majlis selesai.

Majlis itu diadakan sempena progam Parlimen Mahasiswa 2017 yang bermula hari ini. Seramai 20 orang daripada ahli alumni tersebut bakal terpilih sebagai mentor program berkenaan tahun ini.

Parlimen Mahasiswa mula diperkenalkan pada tahun 2015 bagi melahirkan mahasiswa berkualiti, berfikiran kritis dan idealis sebagai pelapis kepimpinan negara masa hadapan.

Mereka yang terlibat akan dilatih berbahas dan menyatakan pandangan secara berhemah sepanjang perbahasan berlangsung.

Parlimen Mahasiswa 2017 dimulakan dengan bengkel dan simulasi sidang parlimen pada 14 hingga 16 Julai diikuti raptai pada 17 Julai dan dua hari persidangan pada 18 dan 19 Julai yang diadakan di Galeri Parlimen.

Alumni Parlimen Mahasiswa terima kad keahlian

PRESIDEN MUBARAK, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Rahman bergambar bersama mahasiswa yang hadir pada majlis Sepetang bersama Presiden MUBARAK, disini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/NOORADZRENE MOHAMMED NOOR 

Tema untuk tahun ini adalah mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Parlimen Mahasiswa kali ini akan disertai lebih daripada 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan enam buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), di mana setiap IPTA akan menghantar 10 orang wakil iaitu lima terdiri dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan lima orang lagi dipilih oleh pihak universiti. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain