Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Almarhum dikagumi kerana mudah memaafkan sesiapa - Juruiring

ALOR SETAR 12 Sept. - Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dikagumi dalam kalangan kakitangan dan pegawainya kerana sifat baginda yang mudah memaafkan kepada sesiapa sahaja.

TUNKU AZIZ BENDAHARA TUNKU NONG
TUNKU AZIZ BENDAHARA TUNKU NONG

Begitu yang dinyatakan juruiring kepada Almarhum yang juga anak saudara baginda, Kolonel Datuk Tunku Aziz Bendahara Tunku Nong, 73.

Beliau yang berpengalaman berkhidmat selama 42 tahun bersama Almarhum berkata, baginda merupakan seorang yang amat lemah-lembut kepada semua orang.

“Hatta walaupun baginda murka sekalipun atas kesalahan serius, kalau pegawainya cepat-cepat mohon ampun, baginda akan memaafkan,” katanya ketika ditemui di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Menurut beliau, di atas sifat-sifat Almarhum itu, baginda begitu dikenali sebagai seorang Sultan berjiwa rakyat dan sudah tentu seluruh kakitangan Istana Anak Bukit akan merasai kehilangan baginda.

Ditanya pengalamannya ketika menjalankan tugas sebagai juruiring beliau memberitahu, baginda tidak terlalu cerewet berkaitan protokol.

“Ini dibuktikan apabila Almarhum hendak keluar negara, baginda tidak akan memerlukan pegawai yang terlalu ramai, biasanya hanya saya dan setiausaha sulit baginda,” ujarnya yang bersara wajib dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1999 tetapi disambung perkhidmatan sehingga sekarang. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain