Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Alasan EU boikot sawit tiada asas

MAH SIEW KEONG
MAH SIEW KEONG

KUALA LUMPUR 19 Mei - Malaysia bersama Indonesia akan mengajak beberapa negara pengeluar minyak sawit dunia lain untuk mendesak Ke­satuan Eropah (EU) membatalkan cadangan pengharaman penggunaan komiditi itu sebagai bahan api bio menjelang tahun 2020.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, tindakan tersebut penting kerana sekiranya EU benar-benar me­laksanakan pengharaman itu, ia akan memberi impak buruk kepada Malaysia khususnya terhadap 600,000 pekebun kecil tempatan.

Katanya lagi, EU merupakan antara pengimport utama sawit negara dan kementeriannya mengambil berat perkara itu bagi memastikan industri sawit negara tidak terjejas.

“Kita dan Indonesia akan mengajak negara-negara pengeluar lain untuk berbincang de­ngan EU. Jika mereka (EU) bersikap tidak adil, kita juga boleh bertindak-balas. Namun terlebih dahulu kita mahu menyelesaikan isu ini dengan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenya­taan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bahawa Malaysia mungkin me­laksanakan tindak balas ke atas mana-mana negara yang cuba menyekat perkembangan industri minyak sawit tempatan melalui dakwaan yang tidak berasas.

Ini ekoran tindakan EU yang baru-baru ini mengusulkan satu resolusi untuk menghalang penggunaan bahan api bio yang berasaskan sawit kerana pembangunan tanaman itu dikatakan dilakukan secara tidak mampan dan mencemarkan alam sekitar.

Kata Siew Keong lagi, dakwaan EU bahawa sistem perladangan sawit akan menyebabkan berlakunya penebangan hutang secara besar-besarkan adalah tidak tepat.

INFO

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain