Difahamkan, Abdul Samat, 73 , telah dirawat di hospital berkenaan sejak Januari lalu akibat penyakit paru-paru yang dihidapinya.

Berita kematian Abdul Samad itu turut dikongsi di laman Facebook Universiti Sains Malaysia (USM) yang mana beliau pernah bertugas di Pusat Pengajian Seni universiti itu pada Mei 1984 dan bersara pada 2000.

Bagaimanapun, USM menyambung kontrak Allahyarham sehingga 2016.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Abdul Samat akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas malam ini.

Selain aktif berlakon drama televisyen sekitar tahun 1990-an, Allahyarham juga pernah mementaskan beberapa teater seperti Bakawali dan Jula-Juli Bintang Tujuh. - UTUSAN ONLINE