SYED AZAUDIN AL-HADDAD


Presidennya, Syed Azaudin Al-Haddad berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai yang terkebelakang kerana negara-negara maju mengesyorkan penggunaan vape dan rokok elektronik sebagai alternatif kepada rokok konvensional.


Katanya lagi, ini dapat dibuktikan apabila kajian The Public Health England tahun lalu mengesahkan vape 95 peratus lebih selamat berbanding rokok.

“Sebelum ini lesen penjualan rokok elektronik dan vape terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna manakala kandungan nikotin dalam rokok pula di bawah Kementerian Kesihatan.

“Kerajaan seharusnya fokus untuk menjadikan penggunaan rokok elektronik dan vape di Malaysia lebih selamat selain memperincikan kawal selia penggunaannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Soalnya lagi, adakah selepas ini kementerian akan mempertimbangkan untuk meletakkan tomato, kentang dan terung di bawah Akta Kawalan Tembakau kerana makanan tersebut turut mengandungi nikotin walaupun dengan kadar sangat rendah.


Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberitahu, Akta Kawalan Tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan turut merangkumi kawalan ke atas rokok elektronik dan vape. - UTUSAN ONLINE