Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Akaun 2 selesai baki pinjaman pendidikan

Langkah KWSP bantu kurangkan beban pencarum

KUALA LUMPUR 5 Julai - Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyelesaikan baki pinjaman pendidikan masing-masing dengan menggunakan simpanan dari akaun 2 di bawah Skim Pengeluaran Pendi­di­kan tanpa terikat tarikh perjanjian tertentu, bermula 21 Julai ini.

Mohd . Naim Daruwish

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd. Naim Daruwish berkata, penambahbaikan tersebut akan menggantikan syarat semasa pengeluaran pendidikan dari akaun 2 yang memiliki tarikh kuat kuasa perjanjian tertentu antaranya 1 April 2000, 2 Januari 2001 dan 17 Januari 2006.

“Penambahbaikan ke atas polisi ini dilakukan setelah mengambil kira maklum balas ahli yang mengalami kesukaran untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman pendidikan menggunakan simpanan KWSP mereka.

“Pihak KWSP sentiasa sedia memberi pengalaman positif kepada ahli dan berusaha melakukan penambahbaikan di samping memenuhi mandat kami. Suka cita kami maklumkan bahawa penambahbaikan ini boleh memberi manfaat kepada hampir 70,000 ahli yang masih belum menyelesaikan baki pinjaman pendidikan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Naim berkata, KWSP juga mengumumkan penambahbaikan lain iaitu ahli boleh mengemukakan borang permohonan pengeluaran 9B (AHL) bagi pengeluaran 50 tahun atau pengeluaran penuh/sebahagian umur 55 tahun dan 60 tahun satu bulan sebelum tarikh lahir masing-masing berbanding enam bulan sebelumnya.

“Sebelum membuat pengeluaran, kami menggalakkan ahli untuk mendapatkan nasihat percuma di kaunter khidmat persaraan di mana-mana 18 cawa­ngan seluruh negara berkenaan jenis pengeluaran yang mengikut kehendak masing-masing,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai perubahan polisi pengeluaran, pencarum boleh menghubungi Pusat Pe­ngurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau layari laman sesawang kWSP di www.kwsp.gov.my serta berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain