Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Akademi muzik JMM dilancar

Azwanddin Hamzah (empat dari kanan) bersama Omar Salleh (tengah) 2
Azwanddin Hamzah (empat dari kanan) bersama Omar Salleh (tengah) bergambar selepas merasmikan majlis pelancaran studio Akademik Muzik JMM di Pandan Kapital hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR 19 Mei- Akademi Muzik Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dilancar dengan gilang-gemilang hari ini sambil diraikan bersama penggiat seni tanah air.

Azwanddin Hamzah
Azwanddin Hamzah

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, akademi muzik itu diwujudkan bagi merapatkan hubungan dengan golongan seni serta melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu tempatan.

“JMM telah banyak bergiat dalam pelbagai bidang seperti politik, sukan, koperasi dan kini sudah tiba masanya kita menyumbang dalam industri seni tempatan yang mana 90 peratus daripadanya dikuasai oleh orang Melayu.

“Ketika ini seramai 10 orang pelajar daripada akademi ini mempunyai potensi untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat justeru itu diharapkan lebih ramai penyanyi dapat dilahirkan malah diiktiraf oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa satu hari nanti,” katanya selepas merasmikan studio akademi muzik JMM di sini hari ini.

Yang turut hadir, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama isteri Dayang Nabellah dan bapa mertuanya yang juga merupakan guru akademi, Awang Astillah.

Akademi tersebut merupakan ilham daripada Timbalan Presiden JMM, Omar Salleh merangkap Pengerusi Biro Kebudayaan JMM, selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu memberi ruang yang lebih luas kepada penggiat seni tanah air.

Akademi tersebut juga bakal mengadakan kelas vokal dan alat-alat muzik terbuka kepada rakyat Malaysia bermula minggu hadapan dengan yuran pendaftaran sebanyak RM300 selain yuran bulanan sebanyak RM150 yang mana diskaun sebanyak 30 peratus boleh diperoleh dengan mendaftar sebagai ahli JMM.

Malah pihak yang berminat juga boleh membuat tempahan kepada artis-artis JMM untuk mengadakan persembahan dalam apa jua majlis keramaian dengan kadar yang berpatutan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain