Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi akademi berkenaan iaitu di Padang Golf Awam Majlis Daerah Bera yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar ini.

“Saya bersetuju untuk kajian secara keseluruhan ke atas padang golf itu untuk dijadikan akademi yang berperanan memberi latihan secara berterusan kepada penuntutnya.

“Isnin ini saya akan maklumkan kepada Pengarah Bahagian Sukan, Datuk N. Mahander Singh untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.- UTUSAN ONLINE