Menurut sumber rasmi UMNO, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu telah menerima waran daripada SPRM supaya hadir ke pejabat agensi tersebut, minggu lalu.

“Betul, SPRM telah menyerahkan waran untuk siasat Datuk Seri Rabu ini.

“Waran itu dikeluarkan pada minggu lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam meminta orang ramai untuk berkumpul di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 9.30 pagi sebagai tanda #Solidariti4ZahidHamidi. 

“Jangan biarkan Presiden kita keseorangan. Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan maruah UMNO yang kini cuba dirobek oleh sang penguasa.

“Hadir untuk menyatakan sokongan secara aman bukan merupakan satu kesalahan, usah gentar untuk turun,” kata Lokman dipetik menerusi akaun Instagram miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE