Terdahulu, Presiden UMNO itu telah tiba di ibu pejabat SPRM di sini hari ini pada pukul 9.20 pagi dengan menaiki kereta jenis Lexus berwarna putih dengan mengenakan baju batik berwarna hijau.

Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang tiba secara berasingan.

Pada masa sama, sumber SPRM menafikan satu mesej tular di media sosial yang mengatakan Ahmad Zahid akan ditahan pada hari ini dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

“Laporan tersebar itu tidak benar sama sekali,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan di sebuah yayasan.

Difahamkan, Ahmad Zahid telah menerima waran daripada SPRM pada minggu lalu supaya hadir ke ibu pejabat agensi itu hari ini.-UTUSAN ONLINE