Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ahmad Zahid, Hisham ucap Selamat Hari Guru

KUALA LUMPUR 16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik.

Beliau turut mengucapkan ­terima kasih kepada warga pendidik yang berjaya mendidik anak bangsa menjadi yang terbaik.

“Dalam khidmatnya mengajar ada harapan, dalam tegurannya ada doa dan tawa mesra.

“Oleh kerana guru, kita berjaya menjadi anak bangsa yang baik. Guru pembina negara bangsa. Selamat Hari Guru 2017,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para pendidik.

“Tanggal 16 Mei sentiasa membawa erti dan makna yang amat mendalam kepada saya.

“Ketika diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dahulu, saya berkesempatan merasai kepe­ritan, beban, cabaran serta susah-payah yang terpaksa dilalui setiap insan yang bergelar cikgu,” katanya menerusi laman Facebook beliau.

Menurut Hishammuddin, para pendidik berdepan dengan cabaran tidak kira di mana mereka berkhidmat, sama ada di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

“Kita belum lagi berbicara soal beban tugas hakiki yang terpaksa mereka tanggung saban hari.

“Namun, cikgu tetap memikul amanah yang di­sandarkan di bahu mereka sehabis baik meskipun ada anggota masyarakat yang sinis mengkritik atau ada segelintir ibu bapa yang kurang menghargai mereka malah hanya tahu mencari salah,” katanya.

Tambah beliau, sempena 16 Mei, semua pihak perlu meraikan Hari Guru sebagai tanda peringatan dan pengiktirafan terhadap ketabahan dan perjuangan murni cikgu dalam mendidik anak bangsa.

“Terima kasih cikgu. Semoga segala jasa, usaha dan keringat cikgu mendapat ganjaran daripada Allah. Selamat menyambut Hari Guru, jasamu dikenang, khid­mat sentiasa disanjung,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain