Ahmad Fauzi Hasan
Ahmad Fauzi Hasan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam kenyataan berkata pelantikan baharu itu diumumkan menterinya Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, hari ini.

Menurut KeTTHA, pelantikan Ahmad Fauzi diharap dapat menyuntik iltizam bagi melaksanakan tanggungjawab dan objektif Suruhanjaya Tenaga dalam merealisasikan polisi industri perkhidmatan bekalan elektrik negara.

"Ini termasuk untuk memandu Suruhanjaya Tenaga memastikan sistem kawal selia yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pembangunan dan mengurus impak industri perkhidmatan bekalan elektrik terhadap masyarakat dan persekitarannya," kata kementerian itu.

Ahmad Fauzi yang berkelulusan ijazah Sarjana Kejuruteraan dari University of Michigan, Amerika Syarikat pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga dari 2010 hingga 2017.

Menurut KeTTHA, Ahmad Fauzi yang memulakan kerjayanya di Suruhanjaya Tenaga pada 2002, juga pernah menyandang jawatan Pengarah Kawalan Gas, Ketua Operasi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. - BERNAMA