Baginda yakin Majlis Raja-raja akan membuat keputusan yang bijaksana berhubung perkara tersebut.


“Ini soalan yang kuat, saya tidak akan terlalu cepat mengambil kesimpulan. Saya serahkan kepada Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan. Saya yakin mereka akan membuat keputusan yng bijaksana dan tepat,” titah baginda selepas istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam dalam era moden di Istana Abu Bakar di sini hari ini.


Baginda ditanya kemungkinan dilantik dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu melayakkan baginda berada dalam senarai pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong baharu berikutan peletakan jawatan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 6 Januari lalu akan diadakan di Istana Negara pada 24 Januari ini. - UTUSAN ONLINE