Seri Paduka Baginda yang turut ditemani Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba pada majlis kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Sambutan kali ini menarik perhatian lebih 5,000 pengunjung.

Majlis sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’.

Antara acara menarik yang dijalankan ialah perbarisan kontinjen-kontinjen dan perarakan jentera-jentera bomba.

Secara keseluruhan, sebanyak 35 kontinjen dan 79 unit jentera membabitkan penglibatan lebih 1,551 peserta. - UTUSAN ONLINE