“Ia suatu yang sukar beberapa hari ini buat kami sebagai sebuah keluarga. Tetapi kami tidak mungkin dapat melalui semua ini tanpa cinta, sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga, rakan-rakan, rakyat Pahang dan semua rakyat Malaysia.

“Untuk ini dan yang lain lagi, kami berterima kasih dengan setulus hati kepada anda,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

AKAUN Instagram Istana Negara memuat naik status Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah S
AKAUN Instagram Istana Negara memuat naik status Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini. - UTUSAN ONLINE

Yang di-Pertuan Agong bertitah, rakyat Malaysia telah kehilangan seorang manusia yang luar biasa namun yang lebih penting, mereka kehilangan ayahanda yang tersayang dan rakyat kehilangan seorang Sultan yang benar-benar luar biasa.

“Malahan, kami berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kami dengan seorang pemimpin dengan sifat yang merendah diri yang kita semua terdorong dengan kasih sayang dan rahmatnya kepada rakyat Pahang dan Malaysia. Ayahanda kami kekal dalam sanubari kami buat selama-lamanya, Al-Fatihah,” demikian titah kedua-dua Baginda.

Pada 22 Mei, Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pukul 8.50 pagi.

Sultan Ahmad Shah, 88, adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang ini. - BERNAMA