Presiden Persa­tuan Pengguna Jalan Raya Malaysia (PPJM), Hamdan Taha menganggap, ia berlaku ke­rana pemimpin ke­rajaan kini bertindak secara matlamat menghalalkan cara.

Katanya, walaupun apa hujah yang diberikan kerajaan, ia masih tidak dapat menafikan bahawa kedua-dua kerajaan - sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH) - gagal mengemukakan hasil kajian bagi membuktikan keberkesanan AES mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Tidak ada perubahan, sama ada ketika kerajaan BN atau kerajaan sekarang (PH). Mereka tidak membuat kajian yang tepat tentang AES. Kedua-dua kerajaan ini juga tidak berjaya membuktikan bahawa AES ini dapat me­ngurangkan kemalangan jalan raya.

“Ada pihak yang sebelum bersama kerajaan, dia setuju dengan kenyataan saya tetapi apabila jadi kerajaan, mereka pergunakan hukum Islam pula untuk menjustifikasikan keputusan mereka. Ini sesuatu yang tidak baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Naib Presi­den Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, pemasangan AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang, keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya menepati maqasid syariah dalam Islam.

Menurut Hamdan, adalah tidak logik sesuatu perkara yang buruk boleh menjadi baik hanya kerana pemerintahan telah bertukar tangan. Bagi kami, tidak kira siapa yang memerintah, kita tetap tidak setuju dengan AES,” te­gasnya.