Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.45 pagi ini di Hospital Kajang.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Tekala, Semenyih, dan akan disembahyangkan selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

"Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Bakhtiar Mohd. Nor. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al-Fatihah," katanya.