Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan menyifatkan pelaksanaan modul itu yang telah lama dirancang hanya bertujuan mengekalkan warisan seni khat di negara ini.

"Bagi saya tidak ada masalah pun. Mungkin kebanyakannya tidak faham dengan jelas tulisan jawi, mereka anggap tulisan ia adalah

islamik tetapi lebih kepada bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada rumi sebab bunyinya masih bahasa Melayu dan bukannya

bahasa Arab.

"Kalau kita setakat hendak kekalkan warisan, hendak kekalkan seni tidak ada masalah. Kalau dahulu masa tahun 50-an iklan

judi pun ada dalam tulisan Jawi, perkara ini tidak kecoh sebeb dahulu kita memang guna tulisan Jawi," katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini seramai 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) parti itu membantah rancangan pelaksanaan seni khat dan tulisan Jawi sebagai sebahagian mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat.

Hal demikian susulan kenyataan Kementerian Pendidikan bahawa pengenalan tulisan khat adalah bagi memupuk gaya penulisan indah dan menegaskan perkara itu tidak berkaitan dengan tulisan Jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.

Dalam pada itu, Young Syefura yang juga penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan berkata, semua pihak perlu bertenang dan

mengelakkan daripada menjadikan isu itu satu sentimen yang boleh menakutkan mana-mana pihak.

"Isu ini juga perlu dijelaskan dengan betul bagi memastikan semua pihak memahami tujuan pelaksanaan modul yang diputuskan

Kementerian Pendidikan," katanya. - UTUSAN ONLINE