Allahyarham yang juga Menteri Belia dan Sukan negeri sebelum ini telah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak lapan bulan lalu kerana mengalami masalah kesihatan.

Adik Allahyarham, Datuk Nizam berkata, jenazah abangnya akan dibawa pulang ke Tawau pagi ini menaiki penerbangan khas untuk dikebumikan.

“Sama sama kita doakan semoga Allahyarham diampunkan dosa serta memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama-sama hamba yang soleh di syurga,” katanya melalui aplikasi Whatsapp yang disampaikan kepada pihak media. - UTUSAN ONLINE