Beliau yang mengundi di kerusi Parlimen Petra Jaya tiba di pusat pengundian ditemani isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib pada pukul 11.40 pagi.

Ketibaan beliau agak lewat daripada dijadualkan pada 10.30 pagi kerana terlebih dahulu menemani Ragad mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini.

Ketibaan Abdul Taib disambut oleh Pengarah SPR negeri, Datuk Takun Sunggah. - UTUSAN ONLINE