Pengarah JKM negeri, Mohammad Hazam Ismail berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 51 buah rumah adalah di kawasan Bintong, setakat sehingga pukul 11.30 malam tadi.

Kata beliau, kesemua mangsa telah dinasihatkan membuat laporan polis bagi memudahkan penyaluran bantuan dilakukan.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan duduk berbincang untuk menyalurkan bantuan.

"Bantuan pemulihan rumah asnaf yang rosak juga akan dilakukan antara JKM dan MAIPs," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, kawasan Bintong yang terjejas adalah di Surau Telok Jambu; Telok Jambu 3; Kampung (Kg.) Kechor; Bohor Inai 2; Abi 8; Kg. Nesam (Padang Kota); Abi Kubang Badak; Taman Dato Jaafar; Kg. Pdg Pauh; Batu Pahat 2 dan Wang Ulu.

Dalam kejadian itu, ribut beserta hujan lebat melanda hampir kesemua tempat di negeri ini sehingga mengakibatkan kerosakan rumah, pokok tumbang dan kerosakan fizikal premis-premis perniagaan.

Angin bertiup kencang bermula kira-kira pukul 8 malam ini dan hanya reda pada pukul 10.45 malam.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Perlis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), terdapat 74 kes pokok tumbang diterima dengan membabitkan sembilan lokasi. - UTUSAN ONLINE