Program yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 12 tengahari itu dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dibaca oleh Pengetuanya, Ab. Aziz Mamat dan diikuti bacaan surah al-Baqarah ayat 1-5 oleh guru dan surah an-Namlu yang dibacakan secara bergilir-gilir oleh para pelajar Kelas Kemahiran al-Quran ayat 15 - 36.

Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Presint P16 (1) Fatimah Muhammad Razaki, berkata, pengisian seterusnya ialah Ustaz Mohamad Fahmi mengupas ayat-ayat yang dibaca itu tetang lapan ciri untuk membina tamadun berkaitan dengan keperluan mempunyai ilmu.

“Mereka dijelaskan juga bagaimana hendak mengoptimumkan potensi diri, pengurusan yang baik, melatih diri untuk sentiasa bersyukur, berdisiplin dan mempunyai misi dan visi yang tepat dalam membuat keputusan serta bermesyuarat dalam menegakkan kebenaran,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, selain menjayakan Program #QuranHour pihak sekolah turut menganjurkan program Ambang Merdeka, sambutan hari lahir bagi mereka yang lahir pada bulan Mei hingga Ogos. - UTUSAN ONLINE