Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, program yang diadakan dengan kerjasama UPM tersebut diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat.

“Sukan berkuda ini amat bagus disertai anggota polis kerana dapat membina kekuatan fizikal dan mental kerana pertandingan ini memerlukan peserta dalam kategori 50 kilometer dan 80 kilometer bermula dari malam hingga pagi,” katanya ketika ditemui dalam majlis kejohanan tersebut di sini hari ini.

Kejohanan yang menyaksikan penyertaan paling banyak sejak diadakan pada 2015 itu di bahagikan kepada tiga kategori iaitu 25 kilometer, 50 kilometer dan 80 kilometer. - UTUSAN ONLINE