Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd. Salleh Mohd Kassim berkata, sebanyak 779 pusat peperiksaan dibuka bagi memudahkan semua murid berkenaan menduduki peperiksaan di 10 buah daerah di negeri ini.

“Bagi tahun peperiksaan UPSR tahun ini, daerah Petaling Perdana mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 16,707 calon diikuti dengan daerah Hulu Langat seramai 15,987 calon dan Klang seramai 14,990.

“Bagi mememastikan UPSR pada tahun ini berjalan lancar, seramai 8,133 orang petugas turut ditempatkan di seluruh pusat peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan pelajar yang menduduki UPSR di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di sini hari ini.

Peperiksaan UPSR yang bermula hari ini akan tamat pada Isnin depan dan peperiksaan dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu (Pemahaman) diikuti Bahasa Melayu Penulisan. - UTUSAN ONLINE