Demikian teriakan yang kedengaran berhampiran Resort World Langkawi, di sini semalam.

Rupa-rupanya, seorang pekerja kapal kargo telah bertindak terjun ke dalam laut selepas kapalnya terbakar.

Sejurus selepas itu, muncul sebuah helikopter Aeroapatiale AS365 Dauphin ke lokasi mangsa dan menggunakan teknik winc­hing untuk menarik mangsa ke dalam helikopter dan berjaya di­selamatkan.

Kebakaran kapal kargo berke­naan bagaimanapun telah menyebabkan kawasan perairan di sekitar bot berkenaan dicemari oleh tumpahan minyak.

Sehubungan itu, giliran dua bot seatruck milik Jabatan Laut pula beraksi dengan menarik tumpahan minyak terbabit menggunakan tali khas ke tempat lain.

Aksi-aksi tersebut merupakan sebahagian daripada demonstrasi khas berkonsepkan Strategi Laut­an Biru Kebangsaan (NBOS) ma­ritim sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015.

Sebagai penutup tirai, kebakaran tersebut dipadamkan oleh pesawat Bombardier 415 Superscooper milik Maritim Malaysia yang menyemburkan 6,000 liter air ke kapal ber­kenaan.