Beliau bersama 21 individu menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut disenaraikan menerima SSAP ialah Pengerusi Parti Kea­dilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Mohd. Fauzi Abdul Rahman; Pengarah Kanan (Bahagian Siasatan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abdul Ghani; Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar dan Presiden Persatuan Bola Sepak Myanmar, Zaw Zaw.

Selain itu, penghibur ter­kenal dari Indonesia, Datuk Rosa Ros­laina Handiyani atau Rossa turut dianugerahkan SSAP.

Bagi Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera dianuge­rahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang, Datuk Wan Bakri Wan Ismail.

Seramai lima individu diper­kenan menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) membawa gelaran Datuk antaranya bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Timbalan Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Udara, Datin Seri Norainy Shahar Alam dan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Abdul Rashid Mohd. Said.

Bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pula, 51 individu penerima membawa gelaran Datuk termasuk Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Seremban, Muhammad Jamil Hussin; Pengarah Jabatan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Ismail Mohd. Zawawi; Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri, Aida Munira Abdul Rafar dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Hamiza Hamzah.

Selain itu ialah Pengerusi Pertubuhan Orang Asli Prihatin Malaysia, Mohd. Affandy Rashid; Pengurus Projek Petronas Che­mical Group, Ismail Ab. Rahman; Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Suhaimi Ismail; Timbalan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Shafie Ismail dan Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Zanuddian Samsu Hadi.

Ketua Unit Drama Premium dan Filem Astro, Saniboey Mohd. Ismail turut dianugerah DIMP pada istiadat yang dijadual di­sempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.