Sultan Sallehuddin menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS).

Tuanku Muhriz turut berkenan menganugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) kepada anakanda baginda, Tunku Zain Al-Abidin.

Yang Dipertua Dewan Unda­ngan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said dan Aktivis Keamanan Dunia, Datuk Dr. Ronald Mc Coy dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Hakim Mahkamah Tinggi Se­remban, Abu Bakar Jais antara tujuh penerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima DPNS, Anggota Dewan Undangan Negeri, Johol Abu Samah Mahat; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Johani Hassan; Pengarah Urusan Kumpulan Biforst Logistics, Hamie Appala Nakkiah; Pakar Perunding Perubatan Hospital Assunta, Dr. L. Suresh Raj; Pengarah Eksekutif Eko­vest Bhd., Lim Hoe dan Pengerusi Persatuan Generasi Tan­pa Dadah Malaysia, Mohd. Azzarain Abdul Aziz.

Hakim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Faizah Jamaludin dikurniakan Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk.

Sejumlah 25 orang dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Ke­tua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin; Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri, Dr. Nadzan Haron; Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharudin Jali dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Dr. Roshadah Hashim.

Sebanyak 31 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) termasuk Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Wan Rasdi Wan Ismail dan Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh.

Pada tahun ini dua orang menerima pingat Darjah Tuanku Muhriz (DTM) dan 18 orang menerima Darjah Pekerti Terpilih (DPT). – BERNAMA