Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, kempen yang bertujuan menggalakkan masyarakat Islam mendekati dan memahami al-Quran itu merupakan program keempat dilaksanakan sejak dua minggu lalu.

“Program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan masyarakat membaca al-Quran tetapi membolehkan mereka memahami, menghayati sekali gus mengamalkannnya.

“Selain itu kita juga mengadakan program tazakur dan tadabur yang menampilkan tenaga pengajar dari Bandung, Indonesia bagi memberi gambaran jelas kepada peserta mengenai bacaan ayat al-Quran,” katanya ketika ditemui pada kempen WQH di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE