Pengarah PERMATApintar, Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak berkata, sebanyak lapan badan korporat dan penaja seperti Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Yayasan Telekom Malaysia (TM) dan Sime Darby Bhd. mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Menurut beliau, program berkenaan diolah untuk memberikan pencerahan kepada para pelajar, di samping memupuk minat dalam bidang-bidang tertentu seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Selain itu, kita juga menerima penyertaan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang memberikan pencerahan tentang syarat-syarat kemasukan, cabaran dan bidang pengajian yang ditawarkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program berkenaan di PERMATApintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Persatuan Muafakat PERMATApintar, Samri Zainuddin. - UTUSAN ONLINE