Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam tempoh dari 2013 hingga Mei lalu, sebanyak 2,238 atau mewakili 55.2 peratus pesalah rasuah terdiri daripada golongan berkenaan.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, saya diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa statistik tersebut menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup program Walk Stop Talk: Six Hours Quater Millions Messages di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Wilayah, Khalid Samad; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Datuk Bandar, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. - UTUSAN ONLINE