Daripada jumlah tersebut, seramai 34,828 adalah calon Sekolah Kebangsaan (SK), 16,087 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 1,833 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) manakala 860 lagi merupakan calon sekolah swasta.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rendah Johor Bahru, Sari’at Mokmin berkata, untuk daerah Johor Bahru terdapat 11,208 calon daripada 98 buah sekolah menduduki peperiksaan tersebut.

“Terdapat tiga calon menduduki peperiksaan di hospital, iaitu dua orang di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan seorang di Hospital Columbia,” katanya selepas meninjau 135 calon UPSR di SK Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE