Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

53,285 peniaga dalam talian berdaftar

gambar hiasan
53,285 peniaga dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setakat 10 Julai lalu meliputi perniagaan, syarikat dan perkongsian liabiliti terhad.-UTUSAN/GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Sebanyak 53,285 peniaga dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setakat 10 Julai lalu meliputi perniagaan, syarikat dan perkongsian liabiliti terhad.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agung berkata, bagi membantu peniaga kecil dalam talian, pihaknya menawarkan insentif yang memfokuskan aspek pendidikan dan kemahiran seperti latihan lapangan, simulasi, strategi pemasaran digital melalui media sosial dan perniagaan yang efektif.


Selain itu, katanya, agensi-agensi lain turut menawarkan program dan latihan kepada golongan tersebut seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) yang telah membantu seramai 51,203 usawahan muda dan desa mengikuti kursus e-Usahawan sepanjang tahun lalu.


“Kira-kira 30 peratus daripada peserta kursus berkenaan telah mula melaporkan jualan tambahan keseluruhan berjumlah RM48 juta,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain