Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi semua jenis hartanah dalam semua bangunan yang siap dibina, dalam pembinaan dan belum dibina.

“Daripada jumlah itu, servis apartment merekodkan jumlah tertinggi dengan 30,127 unit dianggarkan harga RM21 bilion tidak terjual diikuti harta kediaman, 17,462 unit melibatkan nilai lebih RM10 bilion,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Yeo Tun Siong (PH Pekan Nanas) yang bertanyakan mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah lambakan hartanah tidak terjual serta jumlah.

Dzulkefly berkata, Johor Bahru merupakan daerah paling tinggi daripada segi statistik harta tidak terjual iaitu 76.46 peratus bagi harta kediaman, servis apartment (99.7 peratus), kedai (65.11 peratus) dan harta industri (81.4 peratus). - UTUSAN ONLINE.