Kejohanan berprestij selama dua hari itu melibatkan kelab-kelab taekwondo dari Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah serta 15 buah sekolah dalam negeri ini yang diadili 20 pengadil bertauliah.

Presiden Kelab Sara Taekwondo Martial Art Negeri Kelantan, Mani Maram Sugu Maren berkata, pertandingan terbahagi kepada kategori umur 5 hingga 8 tahun, 9 hingga 11 tahun, 12 hingga 14 tahun, 15 hingga 17 tahun dan 16 tahun ke atas mengikut berat ditetapkan.

Katanya, kejohanan itu dianjurkan bagi menggalakkan dan membangunkan sukan taekwondo dari peringkat bawah ke peringkat lebih tinggi.

"Acara kejohanan seperti ini dapat mencungkil bakat baharu dan dilihat mampu meningkat keyakinan, sekali gus memacu perkembangan kanak-kanak.

“Tidak kira apa sahaja keadaan mereka, kejohanan yang diadakan kali ini diharap dapat meningkatkan keyakinan untuk mereka mengambil bahagian dalam kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa" katanya.

Perasmian kejohanan itu disempurnakan oleh bekas Ketua Jabatan Kententeraman Awam dan Ketua Trafik Negeri Kelantan, Asisten Komisioner Polis (B), Azli Md. Noor .

Yang turut hadir, Pengasas Pintari FCM Tablets, Fauzi Che Mood selaku penaja utama kejohanan. - UTUSAN ONLINE