Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

500 penduduk Bandar Tun Razak terima bantuan

SHAHSUL KEBAJIKAN
PENGERUSI Biro Kebajikan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (dua dari kiri) bersama Ketua UMNO Bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar (paling kiri) bersama kanak-kanak yang menerima replika buku akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di Laman Tun Razak hari ini.-UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 20 Mei - Siri jelajah program UMNO Bantu Rakyat yang memasuki hari kedua hari ini menyampaikan sumbangan kepada seramai 500 penduduk termasuk ibu tunggal, anak yatim dan kanak-kanak di kawasan Bandar Tun Razak.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, program yang berkonsepkan mesra rakyat itu bertujuan membantu semua penduduk yang layak tanpa mengira kaum serta tidak hanya terhad pada ahli UMNO sahaja. 


“Kita turun padang bukan bermaksud baru hari ini kita hendak membantu rakyat, tetapi, ini adalah peranan kita selama 71 tahun UMNO menjaga kebajikan rakyat. 


“Hari ini juga seramai 300 kaum ibu menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian serta pembukaaan akaun Tabung Haji dan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara percuma kepada seramai 200 kanak-kanak,” katanya ketika berucap dalam program UMNO Bantu Rakyat anjuran BIKUM di Laman Tun Razak di sini hari ini. 


Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar serta Timbalannya, Datuk Saharudin Zainal Abidin. 


Seramai 150 sukarelawan termasuk rakan media akan meneruskan penjelajahan fasa pertama ke empat buah negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang membabitkan 35 kenderaan pacuan empat roda.

Sementara itu, bantuan juga turut disampaikan kepada kira-kira 4 400 penduduk di semua bahagian Wilayah Persekutuan seperti Batu, Lembah Pantai dan Titiwangsa.- UTUSAN ONLINE 



Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain