Setiausaha Kelab Usahawan Artis Tanah Air (Kuat), Suriana Ab. Wahab atau lebih dikenali menerusi nama Keena Mentor berkata, selain daripada artis tempatan menjana ekonomi sampingan, karnival itu turut memberi peluang kepada peminat untuk mendekati selebriti pujaan masing-masing.

“Banyak program dianjurkan di sini seperti promosi gerai jualan, pertandingan karaoke dan santai bersama selebriti pilihan seperti Sharul Ridzuan dan Wan Sharmilla serta konsert yang menampilkan Kak Nab Band, Bardia Band, Samudera dan Intan Maya.

“Selain itu, konsert khas Malam Keamanan Rohingya turut akan diadakan pada 14 Mei bermula pukul 9 malam bagi memperingati nasib rakyat Rohingya yang perlu dibela secara bersama,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Malaysia 2017 tersebut sekali gus menjadikannya sebagai aktiviti mengisi masa lapang bersama keluarga pada hujung minggu. - UTUSAN ONLINE