Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia yang sedang melawat atau menetap di kawasan terjejas itu juga dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan terus memantau berita tempatan dan laporan cuaca.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan sama ada menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra pada talian +612 61200300 atau +614 13683625 atau Konsulat Malaysia di Sydney (+61403 403 132 atau +61478 180 448).

“Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Konsulat Malaysia di Sydney akan terus memantau situasi berkenaan dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan perkembangan terkini,” jelas Wisma Putra dalam kenyataan, hari ini. - UTUSAN ONLINE